Timbalan komander pasukan tindakan bersama, Kolonel Romeo Brawner berkata, pertempuran antara tentera dan kira-kira 50 militan Maute terus berlangsung sehingga semalam.

Difahamkan kesemua militan itu dilaporkan enggan mengalah.

Presiden Rodrigo Duterte sebelum ini meramalkan pertempuran antara kedua-dua pihak akan tamat pada 30 September lalu.

Malahan, Setiausaha Pertaha­nan, Delfin Lorenzana melahirkan rasa optimisnya pada ming­gu lalu bahawa pertempuran di bandar itu akan tamat sepenuh­nya semalam.

Selain itu, Duterte dan Lorenzana menyatakan tentera telah pun memulakan operasi pembersihan di beberapa bahagian bandar terbabit, menandakan bahawa konflik tersebut akan ber­akhir tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Brawner me­ngatakan pihaknya masih belum mengetahui bilakah pertempuran tersebut bakal berakhir.

“Pertempuran masih berte­rusan. Sudah pasti tidak akan berakhir hari ini,” katanya. – BERNAMA