Peraturan itu dinyatakan oleh Setiausaha Ketenteraan, Eric Fanning bertujuan membolehkan anggota melakukan tuntutan agama masing-masing di peringkat briged.

“Ini merupakan satu perubahan besar bukan hanya untuk komuniti Sikh Amerika tetapi juga semua anggota masyarakat negara ini,” kata seorang ahli Kongres, Joe Crowley mengalu-alukan arahan Fanning. – BERNAMA