Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Telefon pintar rawat diabetes

Buka laluan kepada era baharu dalam dunia perubatan

Alat pengesan tahap gula ditanam di bawah kulit tikus. BBC.COM
ALAT pengesan tahap gula ditanam di bawah kulit tikus. - BBC.COM

SHANGHAI 29 April - Para saintis di China berjaya menggunakan telefon pintar untuk mengawal tahap gula dalam tubuh penghidap diabetes.

Proses yang menggabungkan biologi dan teknologi itu berjaya dilakukan terhadap tikus makmal yang menghidap penyakit ber­kenaan tetapi jurnal Science Translational Medicine menyifatkan ke­jayaan itu boleh diaplikasikan terhadap pelbagai penyakit lain dan rawatan menggunakan ubat.

Menurut penyelidik di East China Normal University di sini, pendekatan ini membuka laluan kepada 'era baharu’ dalam dunia perubatan.

Langkah pertama yang dilakukan ialah menukar sel normal secara genetik untuk mengeluarkan ubat bagi mengawal tahap gula dalam darah seperti insulin tetapi hanya melalui tindak balas cahaya.

Teknologi berkenaan dikena­li sebagai optogenetics dengan sel-sel berkenaan akan bertindak apabila didedahkan kepada gelombang khas cahaya merah manakala LED tanpa wayar serta aplikasi telefon pintar digunakan untuk mengawalnya.

Lapor portal BBC, para penyelidik berkenaan memasukkan sistem tersebut pada bahagian ba­wah kulit tikus dan berjaya me­ngawal diabetes dengan sentuhan pada skrin telefon.

Kata mereka, penemuan itu mampu membuka laluan untuk era baharu berhubung ketepatan glo­bal, digital dan peribadi perubatan.

Para saintis hanya perlu me­ngambil setitik darah untuk menge­tahui tahap gula dalam darah haiwan agar mereka boleh mengira jumlah ubat yang perlu dilepaskan dalam tubuh haiwan tersebut.

Matlamat utama ialah untuk menghasilkan sistem automatik sepenuhnya yang boleh mengesan tahap gula dan mengeluarkan sejumlah bahan kimia terapi.

Namun begitu kajian itu masih pada peringkat awal dan tidak terhad kepada penyakit diabetes ke­rana sel boleh dibangunkan untuk mengeluarkan pelbagai jenis ubat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain