Lapor Arab News, projek itu terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama melibatkan pembinaan lima jambatan selebar lapan meter serta 120 meter panjang ke tela­ga dari arah timur kawasan mataf.

Bahagian kedua projek pula merangkumi persiapan fasa ter­akhir pensterilan dan pengendalian persekitaran yang mengeli­lingi telaga zamzam.

Sisa konkrit serta peti besi lama di Masjidilharam akan dibuang bagi mengurangkan kadar bahan tercemar dalam air zamzam de­ngan sebanyak mungkin.

Selain itu, Arab Saudi juga akan membangunkan sistem kerikil ste­ril berkualiti khas dengan daya telapan air yang tinggi di sekitar telaga, bagi membolehkan aliran air zamzam lebih baik.

Terletak kira-kira 20 meter dari Kaabah, telaga zamzam dipercayai merupakan telaga tertua di dunia iaitu berusia 5,000 tahun.

Telaga berkenaan mengepam air sehingga 18.5 liter sesaat dan mempunyai kedalaman 30 meter.

Kira-kira 120 tan air zamzam diangkut setiap hari ke Masjid Nabawi menggunakan lori tangki khas bagi mengelakkan air tersebut daripada tercemar.