Arahan itu ba­gai­ma­napun mendapat ban­­tahan pelbagai pi­hak malah lebih 3,500 orang telah menandatangani petisyen menentang tin­­dakan tersebut.

Pelaksanaan arahan di Sekolah Katolik Lycee Rocroy Saint-Vincent de Paul itu dijangka bermula September ini, lapor portal BBC.

Melalui peraturan baharu itu, pihak sekolah boleh mendenda sebanyak AS$12 (RM48.70) kepada mana-mana pelajar yang menghilangkan atau terlupa membawa peralatan berkenaan.

Namun seorang pelajar perempuan bertindak memuat naik peraturan berkenaan dalam Twitter dan merayu orang ramai untuk menandatangani petisyen bagi membantah arahan tersebut.

Jelas pelajar berkenaan, dia tidak pasti sama ada arahan sekolah itu untuk menggunakan ‘rantai kunci elektronik’ mematuhi undang-undang.

Alat berkenaan telah dibangunkan oleh sya­rikat teknologi tempatan yang dikenali sebagai NewSchool.

Stesen televisyen BF­M­TV melaporkan alat itu membolehkan pa­ra guru melakukan pe­meriksaan segera jika para pelajar tidak hadir berbanding amalan se­karang yang memerlukan guru melihat buku kedatangan yang disifatkan membuang masa.

Berdasarkan peraturan baharu itu, alat berkenaan juga boleh membantu guru untuk memeriksa kehadiran pelajar bagi aktiviti sukan, perpustakaan, latihan kebakaran dan aktiviti luar sekolah.