Perkara itu didedahkan oleh syarikat teknologi realiti maya (VR), Oculus yang kini memohon supaya cermin mata dipatenkan.

Menurut Oculus, cermin mata AR bakal membolehkan pengguna melihat objek dalam versi maya, selain berupaya melihat notifikasi dan status baharu yang dimuat turun oleh rakan-rakan mereka di dalam Facebook.

Berdasarkan cadangan rekaan, paparan cermin mata tersebut boleh mewujudkan pandangan fizikal dalam dunia sebenar yang dihasilkan dengan teknologi komputer.

Oculus yang bertindak sebagai pengeluar cermin mata tersebut berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi paparan waveguide dengan pengimbas dua dimensi.

“Teknologi ini akan memantulkan cahaya dalam mata pengguna cermin mata AR dan menunjukkan imej serta video.

“Pendekatan ini pernah digunakan dalam ciptaan set kepala HoloLen AR oleh syarikat Microsoft yang dibangunkan oleh Magic Leap,” katanya. – AGENSI