Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Teknologi antipemalsuan dicipta

Lindungi produk segar New Zealand, Australia daripada barang tiruan China

PERANTI antipemalsuan bagi menentukan sesuatu barangan tersebut
PERANTI antipemalsuan bagi menentukan sesuatu barangan tersebut adalah tiruan atau pun tidak, diuji di Sydney, Australia pada Februari lalu.

BEIJING 10 April - Para pembekal produk segar di New Zealand dan Austra­lia membangunkan sebuah teknologi antipemalsuan dalam usaha untuk melindungi perniagaan mereka daripada barangan tiruan di China.

Mereka bekerjasama dengan pembangun sistem pengesanan tempatan bagi memerangi kos kerugian barangan tiruan yang berbilion dolar.

Malahan, aplikasi popular tele­fon pintar di China seperti WeChat telah membangunkan satu sistem pengesanan bagi membolehkan para pengguna di China menge­tahui produk berkenaan adalah segar atau pun tidak.

Tambahan pula, pembangunan teknologi yang semakin mudah dan murah pada masa kini membolehkan firma kecil mengeluarkan kos membangunkan program tersendiri bagi mengatasi masalah berkenaan di China.

“Kami melihat pasaran produk dari Australia dan New Zealand menjadi penanda aras di seluruh dunia dari aspek integriti, keselamatan dan kualiti rangkai­an bekalan makanan. Ini adalah keputusan yang normal untuk membangunkan program seum­pa­ma itu di sini,” kata Pengarah Urusan Alibaba Australia dan New Zealand, Maggie Chou.

Menurut hasil kajian yang di­ken­dalikan oleh Michigan State University, barangan tiruan men­yebabkan industri makanan glo­bal mengalami kerugian sebanyak AS$40 bilion (RM177.5 bilion) setahun.

Sementara itu, Gabungan Antipemalsuan Antarabangsa me­la­porkan, sebanyak AS$1 bilion (RM4.44 bilion) barangan tiruan dirampas pada tahun 2014 di China.

New Zealand mencatatkan jum­lah eksport kebanyakan makanan dan produk minuman sebanyak AS$8.62 bilion (RM38.6 bilion) setahun manakala Australia merekodkan kira-kira AS$10 bilion (RM44.3 bilion) eksport pertanian ke China setahun. – REUTERS

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain