TAYLOR SWIFT

Menurut portal Daily Mail, penyanyi berusia 22 tahun itu turut memperoleh AS$200 juta (RM797.2 juta) selepas menjayakan konsert siri jelajah album kelimanya berjudul 1989, tahun lalu.

Tempat kedua senarai tersebut diraih kumpulan One Direction dengan pendapatan sebanyak AS$110 juta (RM438.4 juta).

Bekas teman lelaki Swift, Calvin Harris berada di tempat ke-21 dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$63 juta (RM251.1 juta).

Swift turut mendahului beberapa artis terkenal antaranya Adele yang berada di tempat kesembilan dengan pendapatan AS$80 juta (RM320.5 juta) dan Rihanna, AS$75 juta (RM298 juta).

‘Raja Media’, Howard Stern di tempat ketujuh selepas menerima bayaran AS$85 juta (RM338.8 juta).

Bintang realiti terkenal, Kim Kardashian memperoleh AS$51 juta (RM203 juta) di tempat ke-42 menerusi aplikasi permainan mudah alih, Kim Kardashian : Hollywood.

Penyanyi, Beyonce dan suaminya, Jay Z merupakan pasangan selebriti terkaya dengan jumlah pendapatan AS$107 juta (RM426 juta).