Menurut Mail Online, pesawat Bombardier Dash 8 Q400 itu berlepas dari Lapangan Terbang Don Muang di Bangkok untuk ke wilayah Nan, utara negara ini.

Insiden itu memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas hanya setengah jam setelah pesawat berada di udara.

Seorang penumpang, Nong Lek berkata, dia takut melihat ke­a­daan tayar itu, namun tahu juruterbang berjaya mengawal pesawat dengan baik.

“Semua orang di dalam pesawat tahu apa yang berlaku. Saya juga sering menaiki kapal terbang, tetapi tidak pernah melihat kejadian seumpama ini,” katanya.

Pihak berkuasa penerbangan sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

Pengarah Lapangan Terbang Don Muang, Petch Chancha­roen berkata, pesawat itu tiada masalah ketika berlepas, namun juruterbang memohon untuk berpatah balik setengah jam kemudian atas faktor keselamatan.

“Pihak lapangan terbang dan syarikat penerbangan sedang menyiasat punca kejadian,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Nok Air berkata, pihaknya memohon maaf kepada semua penumpang atas kesulitan yang berlaku.