Jurucakap pasukan pertaha­nan awam Filipina berkata, jum­lah mangsa yang disahkan terbunuh akibat Tembin di Zamboanga, Mindanao meningkat kepada 78 orang ketika jumlah kematian di wilayah Lanao del Sur meningkat kepada 27 orang.

Tembin turut mengakibatkan 135 orang lagi maut di bahagian utara pulau Mindanao, jumlah yang menurut polis tidak berubah daripada hari sebelumnya.

Pasukan penyelamat dalam pada itu masih mencari seba­nyak 107 orang penduduk di tiga buah kawasan berkenaan de­ngan kebanyakannya dipercayai terbunuh dalam insiden tanah runtuh dan banjir kilat.

Menurut jurucakap pasukan pertahanan, kira-kira 13,000 bu­ah keluarga di Mindanao melibatkan kira-kira 52,000 orang penduduk masih tinggal di pusat pemindahan pada Hari Krismas, ketika fenomena itu dijangka membadai Vietnam, hari ini.

Sementara itu, pihak berkuasa Vietnam bersedia memindahkan hampir sejuta penduduk di kawasan rendah di sepanjang kawasan pantai selatan ketika Tembin menghampiri negara ini selepas membadai Filipina.

Menurut Jawatankuasa pen
_ce­gahan bencana Vietnam, sebanyak 74,000 orang telah dipindahkan ke kawasan selamat ketika pihak berkuasa di 15 buah wilayah dan bandar bersedia memindahkan lebih sejuta juta penduduk.

Kerajaan mengarahkan supaya pelantar minyak dan kapal dilindungi dan memberi amaran kepada kira-kira 62,000 bot nelayan supaya tidak turun ke laut.

“Vietnam perlu memastikan keselamatan pelantar minyak dan kapal dan jika perlu tutup kemudahan minyak itu dan pindahkan pekerja mereka,” kata Perdana Menteri Vietnam, Ngu­yen Xuan Phuc. – AFP/REUTERS