Agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan, taufan berkenaan bergerak pada kelajuan 25 kilometer sejam, menyebabkan hujan lebat selain mengorbankan dua orang serta 47 lagi cedera.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Taufan Noru berhenti di wilayah Wakayama pada tengah hari Isnin dan melalui Kinki serta Hokuriku sebelum bergerak perlahan ke laut.

Taufan itu menyebabkan arahan pemindahan kepada beribu-ribu orang yang terjejas. - BERNAMA