Lapor BBC, taufan Michael melanda petang semalam sebagai ribut kategori empat dengan angin kencang 250 kilometer sejam di Panhandle.

“Dua orang termasuk kanak-kanak terbunuh akibat pokok tumbang,” jelas jurucakap per­khidmatan kecemasan.

Jelasnya, taufan Michael me­nyebabkan hampir 500,000 penduduk bergelap tanpa bekalan elektrik di Florida, Alabama dan Georgia.

Menurutnya, seorang lelaki maut apabila ditimpa pokok di Gadsden County manakala seorang kanak-kanak terbunuh ketika pokok tumbang di sebuah rumah di Seminole County, Georgia.

Taufan Michael sebelum ini menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh ketika melepasi Amerika Te­ngah iaitu enam di Honduras, Nicaragua (empat) dan El Salvador (tiga).

Sementara itu, darurat diumumkan di sebahagian besar Florida, Alabama, Georgia dan North Carolina.

Perkhidmatan Cuaca Ke­bang­saan (NWS) turut memin­ta penduduk di Tallahassee agar berjaga-jaga dan meninggalkan kediaman masing-ma-sing sebagai langkah keselamatan. – AGENSI