Hujan lebat telah menjejaskan lebih 165,000 penduduk di 35 buah daerah dengan menyaksikan lebih daripada 6,800 penduduk terpaksa dipindahkan manakala lebih 4,300 hektar tanaman dilaporkan musnah.

Bandar di wilayah tersebut menerima lebih daripada 100 milimeter hujan dalam tempoh enam jam dan biro cuaca tempatan mengeluarkan amaran sejak semalam.

Bantuan bencana termasuk khemah, selimut dan beras dilaporkan telah mula dihantar dan diagihkan ke perbandaran yang terjejas.

Sementara itu, syarikat pe­nerbangan Cathay Pacific memba­talkan 20 penerbangan yang tiba atau berlepas dari Hong Kong dan Singapura esok selepas Hong Kong diramal dibadai Taufan Mawar.

Menurut portal berita Channel News Asia, penerbangan dari Taipei, Kaohsiung, Xiamen, Shanghai, Beijing dan Bangkok juga turut dibatalkan.

Menurut laman sesawang pemantau cuaca Hong Kong, taufan Mawar dijangka tiba di pantai timur Guangdong esok dan bergerak ke arah Hong Kong pada sebelah petang.

Taufan Mawar merupakan bencana cuaca ketiga melanda bandar itu dalam tempoh dua minggu.

Minggu lalu, Hong kong dibadai taufan Hato yang merupakan salah satu taufan paling kuat pernah direkodkan, menyebabkan kerosakan serius dan pembatalan penerbangan puluhan di Hong Kong dan Macau.

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh di Macau dan lapan lagi di Guangdong ekoran bencana tersebut sebelum ribut tropika Pakhar yang membawa hujan lebat dan angin sehingga 130kilo­meter sejam membadai bandaraya tersebut, menyebabkan 300 pe­nerbangan terpaksa dibatalkan.