Taufan berkenaan telah melan­da Kepulauan Mariana Utara dan bergerak laju di sepanjang Lautan Pasifik dengan kekuatan angin dicatatkan mencecah sehingga 255 kilometer sejam.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kira-kira 10 juta orang di negara ini bakal terjejas.

Ribuan penduduk mula berpindah di kawasan tepi pantai di utara Pulau Luzon, di mana taufan tersebut bakal menyebabkan tanah runtuh pada awal Sabtu.

“Pemindahan awal sedang dijalankan di kawasan perbandaran kami serta kampung yang mudah terdedah kepada ribut. Kami akan memindahkan lebih ramai penduduk lagi,” kata jurucakap kerajaan tempatan, Rogelio Sending.

Sementara itu, perkhidmatan cuaca negeri berkata, Mangkhut akan menjadi taufan terkuat pada tahun ini.

Selain itu, taufan terbabit akan meningkatkan kekerapan hujan monsun yang sebelum ini menye­babkan banjir di tengah Luzon.

Pejabat pertahanan awam di Manila berkata, bandar dan kota di laluan Mangkhut sedang bersiap sedia menjadikan bangunan kerajaan sebagai pusat peminda­han, bekalan makanan dan ke­perluan kecemasan lain serta menyediakan pasukan penyelamat dan peralatan.

Hong Kong juga dijangka dilanda taufan itu dan persediaan rapi sedang dijalankan, meskipun ia diramalkan tidak akan melanda negara itu sehingga Ahad. – AFP