Jurucakap agensi pertahanan awam Hawaii County, Kelly Wooten berkata, Lane masih bergerak di Lautan Pasifik kira-kira 322 kilometer selatan Kailua-Kona dengan membawa hujan sebanyak 30 sentimeter di timur Big Island.

Bagaimanapun katanya, masih tiada laporan tentang kecederaan ketika sebanyak 14 jalan raya ditutup akibat tanah runtuh dan banjir kilat. - REUTERS