Menurut Agensi Meteorologi Jepun, Taufan Jongdari merekodkan bacaan angin sekuat 200 kilometer sejam dan diramalkan melanda malam esok.

Pihak berkuasa memberi amaran akan berlaku hujan lebat, tanah runtuh, angin kuat dan ombak tinggi selain mengarahkan orang ramai agar berpindah ke tempat selamat.

Hari ini, taufan tersebut berada kira-kira 1,200 kilometer di barat daya Tokyo dan menuju ke arah Pulau Chichijima, tetapi dijangka bergerak ke barat wilayah Ghugoku menjelang lewat esok. - AFP