Beberapa kenderaan terbalik akibat dipukul taufan Jebi di Osaka, Jepun, hari ini. - AP

Taufan paling kuat pernah melanda negara ini sejak 25 tahun itu menyebabkan banyak kenderaan terbalik dan bumbung rumah tercabut serta menghanyutkan sebuah kapal tangki yang berlabuh di Teluk Osaka ke sebuah jambatan berhampiran Lapangan Terbang Antarbangsa Kansai.

Media tempatan melaporkan mangsa yang terkorban termasuklah seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun yang terperangkap dalam sebuah gudang yagn runtuh akibat angin kencang di wilayah Shiga.

Stesen televisyen NHK melaporkan, seramai 97 orang cedera di tempat laluan taufan itu namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius. - AFP