Mangsa korban merupakan seorang wanita yang terperangkap semasa memandu di sebatang jalan raya yang dinaiki air di barat Houston manakala seorang lagi mangsa tidak dikenali ditemukan terkorban dalam sebuah rumah yang terbakar di sini.

Berpuluh-puluh lagi penduduk mengalami kecederaan termasuk patah tulang manakala 230,000 penduduk terputus bekalan elek­trik terutama di kawasan Hous­ton.

Taufan Harvey yang dikategori ribut tahap empat membawa angin dengan kelajuan 209 kilometer sejam telah meranapkan bumbung rumah, menyebabkan pokok tum­-
bang dan puting beliung serta banjir kilat.

Selain itu, taufan itu menye­bab­kan kekurangan bekalan mi­nyak dan gas sekali gus menyaksikan harga bahan mentah itu meningkat di stesen minyak.

Pusat Puting Beliung Kebangsaan memaklumkan, taufan Harvey telah dikategorikan sebagai ribut tropika semalam namun akan terus membadai Texas selama beberapa hari dengan membawa 102 sentimeter hujan ke beberapa kawasan.

Konvoi tentera tiba di sini petang semalam untuk membantu usaha menyelamat manakala pe­rintah berkurung turut diumumkan semalam.

Sementara itu, Hong Kong dan Macau yang dilanda taufan Hato empat hari lalu kini berhadapan dengan ribut tropika Pakhar yang membawa angin kencang dan hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air.

Kedua-dua bandar itu mengkategorikan ribut itu sebagai tahap tiga pada tengah hari ini selepas melalui kawasan berkenaan dan Taishan di selatan China.

Setakat ini tiada kerosakan besar dilaporkan di Hong Kong manakala pihak kerajaan menerima 13 laporan banjir dan 159 laporan tentang pokok tumbang. – Reuters