Institut Pengurusan Bencana melaporkan, setakat ini 55 orang cedera dan empat daripadanya dalam keadaan kritikal.

Kawasan paling terjejas teruk akibat Dineo ialah di Inhambane, sebuah kawasan yang terkenal oleh pengunjung-pengunjung di Mozambique di pantai tenggara.

Ia dilanda oleh angin yang mencecah hingga 100 kilometer sejam, hujan lebah dan laut bergelora.

Mozambique, salah satu negara yang paling miskin di dunia seringkali dilanda oleh banjir buruk dan ribut.

Dalam tahun 2000, kejadian banjir telah meragut sekurang-kurangnya 800 nyawa, dan lebih daripada 100 terbunuh dalam 2015. – AFP