Di samping larangan tersebut, Brenton Tarrant, 28, juga ditahan dalam sel berasingan di bawah pengawasan 24 jam dan tiada pelawat dibenarkan untuk melawatnya.

Stuff New Zealand difahamkan, pihak berkuasa tidak akan mendedahkan lokasi suspek ditahan ketika menunggu untuk dihadapkan ke mahkamah di sini tetapi hanya menyatakan dia ditahan di dalam ‘kemudahan keselamatan khas’.

Difahamkan, suspek ditahan di Auckland.

Penjara Auckland di Paremoremo menempatkan pesalah ‘paling ganas’ di negara ini.