“Pengisytiharan mengenai penemuan spesies itu merupakan yang pertama dilakukan dalam tempoh 100 tahun,” kata Pengarah Program Pemuliharaan O­rang Utan Sumatera (SO­CP) yang juga pengarang bersama untuk kajian itu, Ian Singleton.

Singleton berkata, spe­sies yang dikenali sebagai ‘Tapanuli’ itu dipercayai tinggal di hutan Batang Toru di Kepulauan Suma­tera.

Ketika ini, katanya, jumlah yang masih tinggal di kawasan itu ialah sekitar 800 ekor sahaja.

Menurut Singleton, sehingga kini para saintis percaya hanya terdapat dua spesies orang utan ia­itu masing-masing berada di Kepulauan Borneo dan Sumatera.

Kedua-dua spesies ber­kenaan juga disenaraikan sebagai berdepan de­ngan ancaman kepupusan yang serius oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

Populasi orang utan di Sumatera kini dianggarkan sekitar 15,000 ekor sahaja manakala 54,000 ekor orang utan dipercayai berada di Kepulauan Borneo ketika ini.

Bagaimanapun, pemba­lakan berleluasa serta pertambahan ladang kelapa sawit di kawasan itu dipercayai telah mengganggu habitat hutan mereka.

Pada masa yang sama, haiwan itu juga menjadi mangsa serangan penduduk kampung yang melihat mereka sebagai binatang perosak dan dijadikan sasaran oleh penceroboh untuk dijual sebagai binatang peliharaan. – AFP