Sekurang-kurang satu produksi penerbitan merancang mengeluarkan filem bertaraf Hollywood untuk memaparkan insiden yang memperlihatkan keberanian penyelam, penunjuk arah gua dan petugas perubatan mempertaruhkan nyawa untuk membebaskan pasukan bola itu.

Rakaman yang menakjubkan dari usaha penyelamatan yang dikeluarkan semalam menunjukkan remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun di bawa ke tempat selamat.

Mereka juga dilihat duduk di katil hospital dengan keadaan riang ria dan kesemuanya diasingkan daripada pihak lain sehingga doktor memberi jaminan kesemuanya tidak dijangkiti penyakit berbahaya.

Para petugas keselamatan juga mengemas peralatan mereka pam air kegunaan industri, jentera dan peralatan pembinaan di depan gua Tham Luang yang menjadi pusat operasi berteknologi tinggi selama 18 hari berlangsungnya operasi menyelamat.

Ketua Penyelamat, Narongsak Osottanakorn memberitahu, lokasi itu akan diubah menjadi sebuah muzium yang mempamerkan pakaian dan peralatan yang digunakan semasa usaha menyelamat itu.

“Saya percaya ia akan menjadi tumpuan utama di Thailand dan pelancong akan datang melawat,” katanya.

Pengawal Taman Negara, Pinitpong Wongma berkata, terdapat kira-kira 50 orang bertugas di tapak berkenaan dan menambah dia menjangkakan kerja-kerja itu akan berterusan sehingga Ahad ini.