Kejadian berlaku ketika lelaki yang dikenali sebagai Rauf, 22, itu sedang bekerja di sebuah kilang papan di Manipuram, selatan India pada 5 Oktober lalu.

Namun, seekor lembu jantan tiba-tiba terlepas dan berlari dari ladang berdekatan menuju ke arah Rauf. Situasi cemas itu menyebabkan Rauf melarikan diri tetapi tersandung dan terjatuh menimpa sebilah gergaji.

Rakan-rakannya segera menekap lukanya dengan kain dan meletakkan tangannya yang terputus di dalam sebuah beg berisi ais sebelum bergegas ke hospital.

Selepas dua pembedahan akhirnya pasukan pembedahan plastik yang diketuai oleh Dr. Krishnakumar berjaya mencantumkan semula tangannya yang terpisah.

Pembedahan pertama mengambil masa lebih tujuh jam bagi menghidupkan semula saluran darah dan tulang. Tiga hari kemudian pembedahan kedua pula dijalankan selama lima jam bagi membina semula saraf dan otot tangan Rauf.

Rauf meninggalkan hospital selepas empat hari menjalani rawatan dan tangannya pulih sekitar 90 peratus. Fungsi tangannya dijangka kembali normal selepas menjalani fisioterapi selama dua hingga tiga bulan.

Menurut Dr. Krishnakumar, tindakan rakan-rakan yang meletakkan tangan yang putus dalam beg ais menjadi faktor penting pemulihan Rauf. – METRO.CO.UK