Usaha yang diilhamkan oleh Presiden Xi Jinping bermula pada 2015 itu turut menyaksikan bilik air yang dilengkapi sistem pengecaman muka bagi mengelak pengguna tamak yang mengambil tisu tandas berlebihan.

Akhbar South Morning China Post yang dipetik oleh portal Daily Mail melaporkan, dua negeri di China telah menggunakan teknologi yang memberi setiap pengguna antara 40 sentimeter sehingga 80 sentimeter tisu tandas selepas muka masing-masing dicam.

Jika pengguna memerlukan lebih tisu tandas daripada jumlah yang diperuntukkan maka mereka perlu menunggu sehingga sembilan minit.

Idea berkenaan bertuju­an­ menghalang orang ramai mengambil banyak tisu dan mencuri sabun, tisu dan tuala tandas yang diberikan secara percuma.

Banyak tandas di negara ini yang tidak lagi memperuntukkan tisu tandas berikutan masalah kecurian yang menjadi-jadi.

Beberapa kedai turut memasang alat pengesan yang memberi amaran kepada pembantu kedai jika terdapat individu yang berada dalam tandas lebih daripada 10 minit termasuk butang yang boleh ditekan jika berlaku kecemasan.

Bilik air juga turut menawarkan beberapa kemudahan antara WiFi percuma, pengecas telefon bimbit, mesin layan diri dan sistem yang membolehkan pengguna membayar bil utiliti.

Banyak kedai dan tandas awam turut dilengkapi dengan skrin te­levisyen.

Setakat tahun lalu, lebih 68,000 tandas awam telah diperbaharui iaitu kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada yang dijangkakan oleh negara ini.