Akhbar Straits Times yang memetik sumber Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai berkata, parti itu bakal mengumumkan kedudukan dalam jawatankuasa eksekutif pusat (CEC), esok termasuk kerusi penting bagi penolong (1) setiausaha agung parti.

Jawatan baharu itu di bawah seliaan setiausaha agung yang ketika ini disandang oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang berjanji untuk meletak jawatan dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Hsien Loong sebelum ini memberi bayangan pilihan raya umum Singapura dijangka diadakan awal tahun depan, lebih awal sebelum mandat kerajaan berakhir.

Menurut akhbar itu, terdapat dua pesaing utama bagi jawatan penolong (1) setiausaha agung parti iaitu Menteri Kewangan, Heng Swee Keat, 57, dan Menteri Perdagangan dan Industri, Chan Chun Sing, 49,.

PAP mendominasi politik Singapura sejak lima dekad lalu selepas mencapai kemerdekaan dengan memenangi semua pilihan raya dengan majoriti besar dan tidak berdepan masalah besar mempertahan kuasa. - REUTERS