Pasport biometrik generasi baharu dikeluarkan Isnin lalu dengan cetakan gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington pada bahagian dalam helaiannya dan bukannya Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular, Agnes Chen meletak jawatan manakala pembantunya, Kung Chung-chen diturunkan pangkat ekoran kesilapan memalukan itu.

Semua pasport yang silap dicetak berharga hampir Tw$80 juta (RM10.97 juta) itu telah musnahkan dan kerajaan terpaksa menarik balik 285 keping yang sudah diedarkan.

Kesilapan tersebut tular dan menjadi bahan gurau pengguna media sosial yang menggelar Taiwan sebagai sebagai ‘negeri ke-51’ di Amerika Syarikat (AS). - AFP