Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran senario berkenaan menjejaskan matlamat global untuk menamatkan krisis berkenaan menjelang 2030.

Krisis kebuluran dilihat meningkat di kebanyakan negara di benua Afrika dan Amerika Selatan, dengan 821 juta orang - satu daripada sembilan - mengalami kebuluran pada tahun lalu.

Sementara itu, 672 juta orang dewasa - lebih satu daripada lapan - kini mengalami masalah obesiti, meningkat daripada 600 juta pada 2014.

Menurut PBB, hampir 124 juta orang di 51 negara berdepan krisis kebuluran.

Banyak negara berhadapan dengan konflik berpanjangan, termasuklah Yemen, Somalia, Sudan Selatan dan Afghanistan. - REUTER