Taco yang dianggap termahal di dunia itu dihasilkan oleh cef dari Grand Velas Los Cabos Resort, Juan Licerio Alcala menggunakan kaviar, udang, cendawan dan ke­pingan emas.

Makanan ringan itu sememang­nya dijual murah di Mexico iaitu sekitar 10 peso atau RM2.

Bagaimanapun, Licerio Alcala memberitahu, pihaknya mahu mempopularkan hidangan taco dan perlu berfikir di luar kotak sehingga terhasilnya makanan ringan termahal itu.

“Orang ramai teruja dengan taco tersebut. Ada juga yang terkejut kerana taco boleh dibeli pada harga 10 peso sahaja berbanding yang dihasilkan itu.

“Saya terangkan kepada mereka mengenai kehalusan, teknik dan ‘keharmonian’ hidangan taco tersebut. Hidangan itu amat bernilai,” katanya.

Jelasnya, taco termahal itu sesuai dihidangkan pada majlis-majlis tertentu namun belum ada lagi pihak yang membuat tempahan. – AFP