Jurucakap Rosoboronexport, Vyacheslav Davydenko berkata, pusat latihan helikopter tersebut dibuka semalam dengan penyertaan pakar Rusia dan Venezuela.

Pusat itu melatih jurutebang bagi helikopter Mil yang dibina Rusia berdasarkan kontrak antara Rosoboronexport dan syarikat industri tentera Venezuela, Cavim.

Pengumuman itu dibuat selepas dua kapal tentera Rusia mendarat di lapangan terbang luar Caracas dan menurunkan kelengkapan bersama tentera yang menimbulkan ketegangan antarabangsa. - AFP