NZ Herald melaporkan, ASB Bank, Burger King, Spark dan syarikat lain ‘telah sepakat’ melakukan perkara itu bagi menentang ‘isi kandungan yang tidak dikawal’.

Difahamkan pengurus pemasaran syarikat-syarikat lain mula memperkatakan tentang serangan pada minggu lalu, mengenai apa yang mereka boleh lakukan ‘bagi menggalakkan perubahan dalam industri’.

Ketika ini, masih belum dapat diketahui syarikat-syarikat lain yang akan melakukan tindakan sama atau berapa lama syarikat itu akan menarik iklan digital mereka.

Jenama lain yang bertindak secara sendirian termasuk Kiwibank, ANZ dan BNZ dengan menggantung pengiklanan digital sejak kejadian pada Jumaat lalu.

Ini bukan kali pertama syarikat-syarikat di negara ini menarik iklan daripada platform digital.

Beberapa minggu lalu, Spark, sebuah syarikat telekomunikasi, menarik semua pengiklanannya dari YouTube kerana bimbang dengan kandungan pedofilia.