Bangkok Post melaporkan, akhbar yang dikenali sebagai The Cambodia Daily itu sebelum ini dikenali kerana sering membuat liputan berhubung isu kritikal seperti rasuah, hak asasi manusia dan alam sekitar.

Difahamkan, The Cambodia Daily terpaksa ditutup sekiranya gagal membayar kira-kira 25.7 bilion riel (RM26.4 juta) termasuk nilai cukai ‘tertunggak’ untuk tempoh 10 tahun.

“Selepas 24 tahun dan 15 hari, kerajaan Kemboja akhirnya memusnahkan The Cambodia Daily, sebuah akhbar khas yang membawa suara kebebasan media di Kemboja,” kata akhbar terbabit. - AGENSI