STOCKHOLM 20 Mac - Sweden memanggil duta Rusia untuk mengadakan perbincangan selepas Moscow menuduh negara tersebut menghasilkan agen saraf Novichok yang digunakan untuk meracun bekas perisik Rusia di Britain awal bulan ini.
Jurucakap kementerian Luar, Per Enerud mengesahkan laporan media bahawa duta itu telah dipanggil untuk mengadakan pertemuan dengan kementerian tersebut esok bagi membincangkan tuduhan tersebut. - AFP