Penduduk Swaziland tidak menjangka Raja Mswati akan mengisytiharkan nama tersebut sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-50 negara ini daripada penjajahan British.

eSwatini yang bermaksud `tempat Swazi’ merupakan bahasa tempatan penduduk Swazi, negara kecil di benua Afrika yang terletak antara Afrika Selatan dan Mozambique.

Pelbagai pihak mengkritik tindakan raja mereka yang disifatkan contoh pemerintahan autoritarian dan membazir dalam negara yang mengalami masalah kemiskinan teruk.

Menurut pihak terbabit, Raja Mswati yang menaiki takhta pada 1986 semasa berusia 18 tahun sepatutnya mendapat persetujuan negara dan tidak boleh sewenang-wenangya menukar sendiri nama negara ini. - AFP

habis