Penegasan itu disuarakan oleh Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad al Hussien yang turut mendesak pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu kekal dikenakan tahanan rumah, bukannya berdalih isu ketenteraan.

“Beliau berada dalam kedudukan yang boleh berbuat sesuatu. Beliau boleh duduk diam atau lebih baik, letak jawatan.

“Tiada keperluan untuknya menjadi jurucakap tentera Myanmar. Beliau juga tidak perlu menyatakan perkara ini (tindakan keganasan) adalah tidak benar. Ini ada rekaan semata-mata,” katanya ketika ditemu bual wartawan BBC, Imogen Foulkes.

Laporan baharu PBB menyebut tentera Myanmar perlu disiasat atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Bagaimanapun Myanmar menolak laporan itu dengan alasan ‘berat sebelah’.

Tentera Myanmar didakwa melakukan penghapusan etnik melibatkan penduduk Rohingya.

Laporan yang diterbitkan pada Isnin lalu itu menyalahkan Suu Kyi sebagai gagal mencegah keganasan itu daripada berlaku.

Antara tahun 1989 dan 2010, Suu Kyi menghabiskan masa sekitar 16 tahun di bawah tahanan rumah oleh kerajaan tentera.

Walaupun Suu Kyi dikatakan tidak mengawal tentera namun beliau berdepan tekanan antarabangsa ekoran tindakan keganasan yang dilakukan pihak tentera.-AGENSI