Suu Kyi sebaliknya berkata, hubungannya de­ngan pemimpin tentera Myanmar ketika ini adalah normal dan matlamatnya cuma bertujuan men­cari jalan perdamaian di pe­ringkat nasional sahaja.

Dalam satu temu bual bersama Radio Free Asia (RFA), Suu Kyi turut memberitahu bahawa pihak­nya tidak pernah mengubah pen­dirian berhubung perkara tersebut.

“Kami juga tidak pernah mengkritik pasukan tentera sebaliknya hanya mempersoalkan tindakan mereka (terhadap Ro­hingya). Ka­mi mungkin tidak bersetuju de­ngan bentuk tindakan yang diambil sebelum ini.

Kami akan terus membawa perubahan ke dalam Parlimen (Myanmar). Dalam hal ini, saya tetap berdiri teguh bersama pasukan tentera, dulu dan sekarang,” kata Suu Kyi.

Sementara itu, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mahu kerajaan Myanmar mengambil balik kira-kira 420,000 penduduk Rohingya yang melarikan diri ke negara itu ketika ini.

“Kami telah me­mak­lumkan kepada Myanmar bahawa me­reka (Rohingya) adalah rakyat mereka.

“Jaga mereka dengan baik dan beri mereka tempat tinggal. Nescaya tidak akan berlaku lagi sebarang penindasan dan pengania­yaan,” kata Sheikh Hasina yang memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Myanmar untuk tujuan itu, namun gagal.

Dalam perkembangan lain, Britain memutuskan untuk meng­gantung kursus latihan pendidikan untuk tentera Myanmar berikutan isu keganasan etnik di Rakhine itu.

“Tindakan keganasan oleh pasu­kan tentera terhadap penduduk Rohingya perlu dihentikan.

“Justeru, tidak ada kerjasama pertahanan atau latihan bersama tentera Myanmar oleh Bahagian Pertahanan (Britain) sehingga satu resolusi dicapai dalam isu ini,” kata Perdana Menteri Bri­tain, Theresa May. – Agensi