Lapor Mail Online, sut tersebut dikatakan boleh menandingi kepantasan bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Michael Phelps.

Dua jurutera berkenaan, Ryan dan Mike men­dapat idea untuk mencipta sut itu kerana kedua-duanya tidak pandai berenang.

“Saya dan Mike tidak pandai berenang, jadi daripada kami membuang banyak masa untuk belajar berenang, kami fikirkan penyelesaian terbaik.

“Kami menjadikan Robert Downey Jr. sebagai inspirasi. Jika dia boleh membina sut yang membantunya terbang di udara, jadi kami bo­leh mencipta sesuatu yang boleh mambantu kami terbang dalam air,” ujar Ryan.

Sut itu dilengkapi dengan empat motor yang setiap satunya diikat di setiap lengan dan kaki.

Mereka menguji sut tersebut di sebuah tasik di Berkeley, California baru-baru ini dan hasilnya sangat memuaskan.

Sut tersebut juga boleh mencecah sehingga 1.71 kuasa kuda pada penggunaan maksimum.