Syarikat Industri Emiriah Pengeluaran Susu Unta atau 'Camelicious' hari ini mempamerkan produk tersebut semasa pameran perdagangan antarabangsa makanan dan minuman, Gulfood 2018 di sini.

Susu campuran segera itu dikatakan menyasar bayi-bayi yang mengalami alahan terhadap susu lembu dan sesuai untuk bayi berusia dari setahun sehingga tiga tahun .

Susu dan daging unta mendapat sambutan ramai di negara-negara Teluk sejak kebelakangan ini melalui penghasilan coklat susu dan kopi susu unta atau `carpaccio’ serta burger daging unta yang kini boleh didapati di banyak restoran. - AFP