Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Manchester, Ian Hopkins.

“Saya boleh mengesahkan bahawa lelaki yang disyaki menjalankan kekejaman malam tadi adalah Salman Abedi berusia 22 tahun tetapi saya tidak akan membuat sebarang komen lanjut tentang suspek pada peringkat ini.

“Keutamaan kami bersama-sama dengan pasukan anti keganasan dan rakan keselamatan lain, adalah untuk menentukan sama ada benar suspek bertindak bersendirian,” jelasnya kepada pemberita.

Sementara itu, dua pegawai Amerika Syarikat (AS)yang telah berhubung dengan pihak berkuasa Britain memberitahu agensi berita Reuters,, suspek yang telah dikenal pasti sebagai Salman Abedi atau Salman Ramadan Abedi dipercayai tiba di Manchester dari London dengan menaiki kereta api.- REUTERS