Polis terdahulu melancarkan pemburuan besar-besaran terhadap suspek, Gokmen Tanis,37, dengan mengedarkan gambar dan meminta orang ramai menjauhinya.

Pasukan keselamatan dengan senjata berat kemudian mengepung sebuah bangunan di bandar keempat terbesar di Belanda itu sebelum mengumumkan penangkapan suspek dalam satu sidang media tidak lama kemudian.

Ketua bahagian perkhidmatan antikeganasan Belanda, Pieter-Jaap Aalbersberg mengesahkan penahanan suspek utama kes tembakan itu. - AFP