Akayed, 27, yang menetap di Brooklyn mengalami lecur di badannya manakala tiga lagi mangsa termasuk seorang anggota polis cedera ringan.

Menurut polis, bom paip dilekatkan pada badan suspek.

Gabenor New York, Andrew Cuomo menyifatkan senjata yang digunakan itu merupakan senjata `peringkat amatur’.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio pula berkata, kejadian yang berlaku semasa waktu puncak itu adalah `cubaan serangan pengganas’. - Reuters