Menurut media negara ini, suspek merupakan seorang penganggur.

Gabenor Greg Abbot berkata, para penyiasat telah menjejaki suspek sejak beberapa hari lalu sebelum mengesannya di sebuah hotel di Round Rock di sini, tidak jauh dari rumahnya di Pflugerville.

Beliau berkata, suspek dipercayai tinggal bersama dua rakannya namun mereka tidak tersenarai sebagai suspek dalam kejadian tersebut. - Reuters

habis.