Kerajaan Syria yang disokong oleh Rusia dan Iran masih belum bersetuju dengan penubuhan suruhanjaya terbabit kerana ia hanya akan menyokong proses mengubah perlembagaan sedia ada di negara itu.

"Rusia, Iran dan Turki bersetuju untuk melaksanakan usaha untuk menganjurkan sesi pertama Suruhanjaya Perlembagaan di Geneva awal tahun depan," kata Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov sewaktu membacakan pengisytiharan bersama selepas mengadakan pertemuan dengan wakil khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura.

Suruhanjaya itu telah menjadi perantara kepada usaha rundingan damai di Syria dan menyasarkan untuk melaksanakan pilihan raya yang dikatakan boleh menamatkan perang di negara terbabit. - AFP