Saintis dari Universiti Melbourne itu menemukan tiga varian `bug’ kebal-pelbagai ubat dalam sampel dari 10 negara termasuk dari Eropah yang kini tidak boleh dirawat menggunakan mana-mana ubat di pasaran.

Pengarah Unit Diagnostik Microbiologi Makmal Kesihatan Awam universiti itu, Ben Howden berkata, pihaknya memulakan kajian terhadap sampel dari Australia dan mengambil sampel dari seluruh dunia.

``Kami menemukan superbug ini wujud di banyak negara dan institusi di seluruh dunia, nampaknya ia telah merebak,’’ katanya.

Bakteria yang dikenali sebagai `Staphylococcus epidermidis’ itu mempunyai persamaan tetapi lebih berbahaya daripada `Methicillin-resistant Staphylococcus aureus’ (MRSA).

Ia seringkali ditemukan pada kulit manusia dan sering menjangkiti warga emas atau pesakit yang mempunyai anggota palsu atau penggantian sendi.

``Ia boleh membunuh namun lazimnya menjangkiti pesakit yang mengalami sakit teruk di hospital dan sukar dihapuskan malah jangkitannya sangat berbahaya,’’ ujar Howden. - AFP