Mengalir sepanjang 300 kilometer di Jawa Barat ke kawasan laut berhampiran Jakarta, sungai itu ‘menghidupkan’ hampir 400,000 hektar sawah padi.

Takungan air dari Sungai Citarum ‘menyokong’ kehidupan 28 juta orang walaupun sungai tercemar dengan sisa isi rumah dan logam berat dari kilang-kilang.

“Sungai Citarum sekarang merupakan sungai yang paling tercemar.

“Kita cuba membersihkannya secepat mungkin dan berharap dalam tempoh tujuh tahun akan datang, sungai itu dapat menjadi sumber air minuman,” katanya. - REUTERS