Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sumber air Gaza tercemar

Kanak-kanak menderita, krisis elektrik berlanjutan

Kanak-kanak ini merupakan antara  penduduk Palestin di Gaza yang
Kanak-kanak ini merupakan antara penduduk Palestin di Gaza yang berdepan dengan krisis kemanusiaan yang semakin teruk. AGENSI

SEMENANJUNG GAZA 5 Sept. - Lebih sejuta kanak-kanak menderita akibat persekitaran yang tidak sesuai dihuni di sini termasuk 90 peratus sumber air yang sangat tercemar.

Menurut laporan pertubuhan Save the Children, kira-kira 60 peratus air laut sekitar Gaza tercemar dengan air kumbahan yang tidak dirawat manakala sumber air yang ada tidak sesuai untuk diminum oleh manusia.

Selain itu, Gaza yang dihuni oleh dua juta penduduk turut mengalami krisis tenaga sejak pertengahan April lalu akibat pertikaian berhubung cukai antara kumpulan Hamas yang mentadbir wilayah itu dengan pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat yang dipimpin oleh Presiden Mahmoud Abbas.

Gaza juga kini dikenakan sekatan ketat oleh Israel sejak 10 tahun lalu menyebabkan kawasan itu sering terputus bekalan elektrik.

Krisis elektrik dan persekitaran yang berlanjutan menyebabkan lebih sejuta kanak-kanak di kawasan tersebut tidak boleh ‘tidur, belajar atau bermain’.

Pertubuhan itu juga memaklumkan lebih 740 sekolah terpaksa beroperasi tanpa bekalan elektrik dan kebanyakan keluarga hanya menerima bekalan tenaga selama dua jam setiap hari.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2012 mendapati, jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk melonggarkan sekatan di Gaza, kawasan itu tidak boleh dihuni menjelang tahun 2020.

Namun pendedahan PBB pada Julai lalu menyebut, keadaan di kawasan berkenaan semakin teruk sejak bermulanya sekatan tersebut malah penyelaras pertubuhan kemanusiaan antarabangsa itu juga memaklumkan bahawa ‘kawasan itu memang tidak boleh dihuni sejak dahulu lagi’.

Wakil Save the Children, Caroline Anning memberitahu portal Al-Jazeera, ‘keadaan di Gaza meru­pakan krisis kemanusiaan yang semakin teruk’.

Kata beliau, keadaan itu juga bertambah teruk setiap hari.

Oleh yang demikian, pertubuhan tersebut menggesa Israel menarik balik sekatan dan pihak berkuasa Palestin serta rejim Zio­nis perlu menyediakan kemudahan asas kepada penduduk Gaza.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain