PBB telah menyediakan pelan yang disediakan secara run­dingan de­ngan para pegawai kerajaan Indonesia menggariskan tentang bagaimana komuniti bantuan kemanusiaan akan beroperasi menyediakan bantuan termasuk bantuan teknikal.

Lebih daripada 1,500 orang terkorban minggu lalu dalam bencana gempa dan juga tsunami manakala ribuan penduduk lagi masih lagi hilang.

Bandar Palu menerima ke­san paling buruk apabila dipenuhi sisa bangunan runtuh berupa timbunan kayu dan besi buruk.

Pelan yang dirangka PBB akan memberikan bantuan kepada 191,000 mang­sa dalam tempoh tiga bu­lan akan da­tang, demikian me­nurut kenyataan yang dikeluarkannya.

Menurut PBB, dianggarkan 65,000 kediaman mengalami pelbagai bentuk kerosakan, 10,000 kediaman musnah te­ruk akibat tsunami manakala 15,000 kediaman lagi rosak akibat gempa bumi.

“Seminggu selepas ben­cana, keadaan sebenarnya akan diketahui,” kata Penyelaras Residen PBB, Anita Nirody.

“Penduduk yang terjejas, ter­utamanya mereka yang kehila­ngan rumah dan semua bara­ngan mereka, memerlukan perlin­dungan, akses kepada air bersih, penjagaan kesihatan dan juga sokongan,” kata beliau.

Dana yang diminta PBB akan membolehkan komuniti kemanusiaan antarabangsa menyokong maklum balas kerajaan dan organisasi tempatan secara lebih berkesan. –AFP