Hal ini berikutan kabus tebal melitupi kawasan nahas yang tidak mengizinkan proses membawa ke­luar mayat dijalankan melalui udara iaitu dengan helikopter.

Pasukan penyelamat mengambil masa empat hingga lima jam mengusung mayat ke pos terdekat dengan berjalan kaki dan sejam lagi menggunakan trak untuk ke bandar Oksibil.

Setiap mayat diusung oleh 10 hingga 15 orang.

Menurut Penolong Bidang Ope­rasi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Heronimus Guru, setakat ini sebanyak 31 mayat berjaya dikeluarkan dan empat daripadanya sudah dibawa ke Lapangan Terbang Sentani, Jayapura untuk bedah siasat dan proses mengenalpasti identiti.

“Sementara 27 mayat lagi masih berada di Hospital Oksibi, Pergunungan Bintang. Sebanyak 31 mayat sudah dibawa keluar dari tempat kejadian, “katanya kepada pemberita di pejabat Basarnas, di sini hari ini.

Menurut Heronimus, mayat 23 lagi mangsa sedang dibawa keluar oleh pasukan penyelamat dengan cara berjalan kaki ke pos terdekat dan Basarnas menjangkakan semua mayat dapat dikeluarkan hari ini juga. – UTUSAN