Menurut BBC, rekod yang ter­tinggi dicatatkan setakat ini ialah 48 darjah Celcius di Athens pada Julai 1977.

Suhu di Sepanyol dan Portugal dilaporkan semakin meningkat berpunca daripada aliran udara panas dari Afrika.

Menurut BBC Weather, ramalan suhu semasa bagi barat daya Sepanyol dan selatan serta tenggara Portugal adalah 47 darjah Celcius pada hari ini dan esok.

Di United Kingdom, suhu dijangka mencecah kira-kira 33 darjah Celcius di bahagian tenggara.

Sementara itu, perkhidmatan cuaca kebangsaan Sepanyol telah mengeluarkan amaran sehingga Ahad ini bahawa gelombang panas yang melampau me­landa dan berterusan di bahagian barat daya.

Dalam pada itu, kumpulan pengawas cuaca Eropah, Meteoalarm turut mengeluarkan amaran merah - dikategorikan sebagai paling bahaya dan berisiko kepada manusia - untuk kebanyakan kawasan di selatan Portugal dan wilayah Badajoz di Sepanyol.

Amaran merah juga dikeluarkan oleh Itali di bahagian pusat dan utara negara itu, yang meliputi kawasan tumpuan pelancong di Rom, Florence dan Venice.