GENEVA 29 Nov. - Suhu global bakal mencapai tiga hingga lima darjah Celcius menjelang 2100, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) hari ini.
“Kadar pelepasan gas rumah hijau sekali lagi mencatatkan rekod tertinggi dan sekiranya isu ini tidak ditangani, kita mungkin melihat suhu meningkat pada kadar 3-5 darjah Celcius menjelang akhir abad ini.
“Jika kita mengeksploitasi semua sumber fosil, suhu akan naik jauh lebih tinggi,” kata Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas dalam kenyataan tahunan pertubuhan itu.
Para saintis menyatakan adalah penting untuk mengehadkan kadar suhu global kepada 2 darjah Celcius bagi mengelakkan berlakunya cuaca buruk, peningkatan paras air laut dan kemusnahan spesis flora dan fauna. - REUTERS