Menurut Menteri Dalam Negeri, Ahmed Bilal Osman, jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga hari ini ialah 816 orang.

Jumlah itu diberikan secara rasmi sejak demonstrasi berlaku pada 19 Disember lali berikutan kerajaan menaikkan harga roti.

Pihak berkuasa menyatakan sekurang-kurangnya 19 orang termasuk dua anggota keselamatan terbunuh dalam pergaduhan yang berlaku ketika demonstrasi itu. - AFP